Oh Nana dan nikmat syukur.


Sambutlah cinta ku duhai sayang..
cinta kita untuk selamanya..

He3 lagu Fattah Amin menemani tatkala suasana sunyi di aras atas.
Rumah aku ni banyak bilik untuk dihuni oleh 2 orang manusia.
Kebanyakannya hanya ada 1 1 penghuni pada peringkat- peringkat masa yang berputar selama 24 jam.

2018 akhirnya sudah muncul.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah di atas kenikmatan yang diberikan.
Nikmat mana yang harus aku dustakan.
Kesihatan, pekerjaan, kemudahan... semuanya nikmat yang sangat bernilai.

2018.
Aku mengharapkan ianya adalah tahun yang lebih bermakna buat aku.
Menjalani kehidupan sebagai seorang cikgu yang lebih matang dari segi percakapan dan perbuatan.
Tahun ini banyak sekali jawatan yang aku sandang..
Walaupun banyak jawatan pengurusan lain disandang, aku takkan membebankan diri aku untuk jadi terbaik.
Buat apa yang mampu..yang penting aku boleh layan korea.haha!

Oh..tahun ni.
Aku dapat seorang anak murid namanya Nana.
oh Nana..oh Nana.

Pertama kali aku jumpa Nana..
Aku menangis ok..haha!
Entah kenapa air mata ni menderu- deru menangis.

Nana anak pasangan cikgu dan merupakan anak kedua.
Tabah sungguh pasangan ini menerima ketentuan takdir.
Mempunyai anak berkeperluan khas ni memerlukan banyak pengorbanan.
Terlalu banyak...masa, emosi, wang, tenaga....dan sebagainya.

Nana, didiagnos sebagai anak Autisme.
Nana tak boleh bertutur walaupun ada bunyi.
Tiada eye contact.
Suka berpusing- pusing.
Meronda sekitar kelas..
Melompat- lompat..
Tidak boleh duduk diam.


Membayangkan kelainan dia, air mata aku terus mengalir.
Entah kenapa...hati tersentuh.

Semoga Allah memudahkan urusan aku dan rakan- rakan untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk Nana.
Bukan mudah, tapi kami harus mencuba.
Tapi bukan semua orang faham..(malas nak explain)

Jawatan guru zaman sekarang hanya menjadi tempat kejian dan makian netizen je.
Cikgu lepuk sikit, dia cakap dera.
Cikgu selfie sikit, dia cakap asyik selfie.
Cikgu cuti sekolah, dia suruh kurangkan cuti.
Cikgu pakai cantik, dia cakap nak ngorat laki dia.
Anak dia tak perform, dia cakap cikgu tak pandai ajar.

Cukup- cukuplah berprasangka buruk kepada pekerjaan orang.
Percayalah Allah akan memudahkan urusan kita jika kita memudahkan urusan orang lain.
Aku sendiri berpengalaman..
Seingat aku, masa zaman sekolah dulu- dulu, aku bukan pelajar yang cemerlang.
UPSR 5A, PMR 8A, SPM 9A.
Aku hanya pelajar yang sederhana serba serbi, tapi dengan rezeki Allah dapatlah juga jejak kaki ke Universiti Malaya.haha!
Culture shock aku..
Ingatkan sampai tua duduk Pekan Nanas dan kerja kilang Shimanoo.
Mungkin ianya berkat doa dan keikhlasan aku dan cikgu, cikgu dan aku juga yang utama doa yang baik- baik oleh ibu bapa aku.

Masa form 6, ada sorang cikgu tu nama dia Lutfi.
Sir Lutfi yang ajar MUET.
Kelas dia memang senada je, memang membuai- buai orang untuk tidur.
1 persatu kawan- kawan aku kat belakang keluar kelas.
Tapi aku tetap setia tunggu dia berhujah kat depan.
Sir ni agak lembut orangnya, bukan lembut auw auw..tapi lembutlah.
Jadi aku rasa keberkatan pengajaran dia pada setiap kali masa dia memang banyaklah dapat sebab ramai kawan- kawan dah keluar kelas.haha! Maklumlah, kawan- kawan aku masing- masing budak hebat, amik STPM sebab takmo g matrikulasi/ politeknik.
Aku layan je setiap dia ajar, bukan masuk kepala sangat..haha!


Pengajarannya, selain berusaha keras kita juga kena yakin dengan doa- doa insan ada disekeliling kita terutamanya insan yang perlu kita hormati dan sanjungi.
Mungkin hasil yang dapat tidak semewah yang lain, namun ianya sangat memadai.
Dengan izin Allah, segala perjalanan kita akan dipermudahkan.

SELAMAT TAHUN BARU AWAK!
SEMOGA AWAK BAHAGIA DISAMPING KELUARGA.
TERIMA KASIH ATAS KENANGAN YANG INDAH DAN BERMAKNA.
SARANGHAE!





Comments

Popular Posts