Salam Menjengah, hello hello.......

Assalamualaikum blog tulisan ku yang lama tidak aku tulis.
Sementelah ada instagram ni, banyak memori aku share via instagram..

Malam ni terasa nak jengah blog yang lama tidak di update...alamak, rasa malu plak nengok tulisan zaman remaja yang amat tidak matang. Hahhaa! Sampaikan nengok tajuk dah rasa menggelikan.. well, tu zaman masa sedang bergelut dengan emosi.. bergelut la sangat..

Diam tak diam, dah bulan Jun 2017.
Banyak perkara yang berlaku..
Ya, aku amat bersyukur dengan apa yang aku kecapi kini.
Kekurangan memang ada, tapi aku yakin.. aku masih lagi insan yang sangat bertuah.

Ramadan kali ini, alhamdulillah aku tak kena seperti Ramadan yang lepas. Aku pon tak tahu apa punca yang mengakibatkan kejadian misteri dalam kehidupan. Hampir setahun aku menderita fizikal dan emosi.. dan traumanya masih ke hari ini.
Ramadan lepas boleh dikira hanya beberapa hari aku berpuasa.

Bermula dengan sakit tekak yang bukan akibat tonsil yang bengkak.. lepas tu ia mengganggu kawasan rongga mulut dan lidah.. aku tidak boleh memakai tudung, sebab bila pakai tudung lidah aku akan rasa sangat pedih seperti dicucuk2.
Puas mendapatkan rawatan ke sana sini dari Melaka sampai ke Negeri Sembilan.
Dari klinik kerajaaan hinggalah ke klinik swasta.
Tidak boleh berbaring, sesak nafas.
Aku menderita hampir setahun lamanya.
Yang lagi menakotkan lutut aku ni dah macam orang tua..nak naik tangga sakit, nak rukuk sakit, nak sujud pon sakit...
Semua orang tak faham apa yang aku rasa.
Mulalah aku fikir yang bukan- bukan.
Selalu nak gaduh ngan Faizal, sebab aku rasa dia tak share keperitan yang aku lalui. Bila ajak jumpa doctor, dia ada la ikot. Tapi macam terpaksa. Lagi- lagi bila dia dengar doctor cakap nothing weird pon pasal keadaan aku.
Tapi aku rasa kesakitan tu........😭😭
Duit simpanan makin hari makin susut, sebab macam2 ubat aku telan.
Antibiotik berjenis- jenis..
Last sekali, aku redha..
Aku tawakal.. aku kuatkan diri.
Mungkin ada sesuatu yang ingin menguji aku.

Doa anak murid.

Bila aku rasa semua orang tak dapat bantu.. akhirnya aku minta belas ihsan anak- anak murid aku.
Tiap- tiap kali sebelum mulakan kelas, aku paksa murid aku sedekahkan al-fatihah untuk aku agak dijauhi dari segala kekejian syaiton, diberikan ak kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan.
Alhamdulilah, aku makin baik dari hari ke hari.

Pengajaran yang dapat selepas diuji, sangatlah banyak.
Semoga aku akan terus positif.

Untuk seseorang hamba Allah yang sampai ke hari ini membenci aku, aku harap sangat yang aku takkan jadi orang tumpuan kebencian kau.
Aku tak kisah tentang jawatan di tempat kerja, andai kau mampu dan mahu, teruskan.
Aku tak kisah tentang populariti, maafkan aku kalau anak murid memang selalu anggap aku popular.🤣🤣🤣
Oh yea, aku dapat APC this year. Alhamdulillah. Tapi macam biasa, orang yg sama yang juga cakap aku bodek GB walhal, aku ni lah insan yang selalu bangkang GB demi anak- anak murid. Kelakar la anda, wahai makcik.
Keadaan aku sekarang, ibarat macam TMJ, buat ape pon makcik tu tetap tak suka..tapi dia sorang la..lepas tu buat cerita 1 sekolah. Tapi syukur juga, lama- lama kebenaran akan muncul.

Makcik, kehidupan ini terlalu rugi jika asyik mencari kesalahan orang lain. Andai tidak bahagia, banyak benda yang boleh berikan kita kebahagiaan. Maafkan saya kerana fobia dengan makcik. Kita bukan musuh, tapi kita hanya orang asing.

Berbalik kepada ujian kesihatan aku tu, aku rasa sangat syukur dengan pemulihan yang berlalu. Walaupun masih fobia. Oh, hampir setahun aku tak pakai tudung berbutang bawah dagu, akhirnya aku pakai semalam. Tapi masih ada rasa fobia. Aku cuba mengawal otak aku supaya tidak memikirkan kesakitan atau apa2 yang mengganggu.

Betullah kata bekas cikgu aku.
Dia dah pindah balik ke Johor tahun lepas.
Dia pesan kat aku, kat KP ni masih banyak benda- benda orang suka cuba2.
Jangan makan sembarangan..
Jaga tingkahlaku dan percakapan..
Jangan menonjol sangat..
Bukan nk cakap orang KP semua jahat, tapi masih ada.
Ekceli mana- mana tempat pon ado..

Tapi, sebenarnya.. dimana pon kita. Biarlah kita merendah diri serendah- serendahnya.
Tak payah la nak berhabisan sangat untuk sesuatu keduniaan dalam bidang pekerjaan.
Bersederhanalah, serderhanalah..
Bila bersederhana, waktu jatuh tak la rasa sakit sangat..
Waktu di atas tak la mendabik sangat..






Comments

Popular Posts