Prof.Madya Azli
Baru siap mengemaskini jadual kedatangan.
Sakit hati melihat kedatangan seorang murid ini.. Nama dia Azli.
Sengaja aku pamerkan namanya..
Azli bukanlah seorang yang dikategori sebagai OKU sebenarnya, tetapi sikapnya adalah satu penyakit yang hanya diri sendiri mampu mengubahnya.
Bulan ini dia langsung tak datang ke sekolah..maka banyaklah telur ayam yang tidak menetas sedang beratur di rak jadual kedatangan.
Murid ini baru sahaja sebulan setengah masuk ke PPKI.
Sejarahnya dia sudah bertukar beberapa sekolah sebelum ini dan akhirnya tercampak ke SK. Tunku Muna....
Maaf mungkin aku mengata....tapi hasil daripada temujanji dengan doktor semasa nak diagnos samada Azli ni murid OKU ni atau tidak telah mengatakan bahawa dia bukanlah budak OKU. Tapi dia nampaknya memerlukan bantuan psikiatri.
Ya, memang betul apa yang doktor itu telah rumuskan.
Yang lagi best doktor tu kata, ayah dia pun kena dapatkan rawatan sekali.
Ya, aku memang setuju..bukan nak mengeji, tetapi aku sendiri mengalaminya.
Semasa berurusan dengannya, beberapa aku di kelentong dan cara cakap memang kalah peguam ternama.
Benda paling terang dia kelentong, dia kata anak dia pandai baca dan pernah book tiket kapal terbang untuk dia masa dia pergi obersea. Sekali, poie la tanyo kek anak ea...anak ea geleng kepala. Masa tu aku tanya anak ea depan ayoh ea boto- boto. Hhuhu! pastu ayoh ea bengang dikabo ea plak yang anak ea ado masalah daya ingatan.hahaha! Memang baguslah, bapa borek, anak rintik- rintik bergelora.
Sejak dari itu, kalau terpaksa call Encik Penipu tu, aku memang akan cakap selaju- lajunya dan akan terus meletakkan call dengan segera. Sobab ea, Encik tu pantang bercakap, ado je menda yang dia nak kelentong. Ingat aku ada masa. Tak hingin.
Aku pun tak pasti siapalah yang OKU sebenarnya, anak ke bapa..
Hairan aku.. Anak diajar menjadi penipu. Anak takmo sekolah, dia tak marah. Siap bagi duit dan hantar pi CC. Dikabo ea kek guru bosa yang baik dia poie CC dari duduk uma. Dia mengajar guru bosa. Ni cerita terbaru, dia kabo takpolah nak ngadu kek PPD ke, JPN ke...takdo masalah. Dia buleh hantar anak ea belajar kek obersea. Silakan tuan.. Kami mendoakan semoga sukses.
Jadi cikgu ini memang takkan lari dari masalah kemanusiaan ni. Hampir 5 tahun menjadi guru, aku dah jumpa macam- macam ragam. Dan pengalaman memang banyak mengajar aku. Kini aku lebih tenang menghadapi ragam- ragam yang pelik- pelik. Ingatkan kat Benut je aku jumpa benda yang pelik, datang kat N9 lagi banyak menda pelik aku jumpa. Kat N9 ni aku banyak jumpa masalah yang berkaitan dengan mental dan psikologi.
Kalau dulu, masa dalam perjalanan balik ke sekolah...aku hanya akan jumpa biawk dan biawak dan sesekali ular. Berbeza di KP, aku lihat ramai insan- insan istimewa yang kekurangan dari segi mental. Uniknya, mereka tahu jalan pulang ke rumah dan buat hal sendiri. Kadang- kadang bila tak nampak kelibat mereka, aku pun tercari- cari. Pernah aku tanya kat suami aku, kenapa polis tak hantar mereka buat rawatan. Di kabo ea, selagi mereka tak kacau orang, biarlah dia. hmmmm..
Nak cakap camne.. Dunia memang warna- warni.... Allah menguji..

Comments