Kepergian..

Salam Ramadhan..

Semalam, aku mendapat 2 berita kepulangan seorang hambaNya kepada Pencipta..

1. Kepulangan nenek Maria. Aku dapat berita ni masa time nak sahur. Nenek pergi dengan tenang, alhamdulillah.
2. Kepulangan atok saudara ku.. Nek Uda lelaki.

Banyak kenangan tercipta antara aku dan mereka...

Nenek Maria, hubungan dia dengan aku cumalah seperti keluarga angkat.. Saudara seagama.. tapi keluarga kami akrab sebab perhubungan sahabat yang baik antara atok nenek moyang.. cerita lama.. Nenek ni masa aku kecik, kalau datang kampung, uma nenek aku..tak pernah dia lupa nak bawakan aku sesuatu.. barang kemas, kain buat baju, makanan... macam- macam la..
Antara adik beradik, aku la yang selalu dapat.. Nenek ni jugalah yang menyunatkan aku masa kecik dan menindik lubang anting- anting kat telinga aku ni.. Sampai sekarang lubangnya masih wujud.. Maaf tak dapat melawat nenek pada saat- saat akhir.. Nenek ni duduk di Singapore.. Last visit dia tahun 2012. Lama dah.. Semoga nenek di ampunkan dosa dan mendapat kebahagiaan di sana seperti mana nenek membahagiakan insan- insan disekeling nenek. Kata anak nenek Maria yang rapat ngan aku tu,last nenek boleh cakap sebelum dia koma, nenek kat hospital. Nenek tiba- tiba cakap.. 'Eh, cantiknya masjid ni'... Rahsia Allah... memang tak dapat nak kupas..

Nek Uda.. aku panggil dia nek uda.. kenapa tak panggil atok? Memang dari kecik aku panggil dia nek uda.. kalau nak mention kat orang, aku kena sebut, nek uda lelaki.. sebab isterinya aku panggil nek uda binik.. Binik tu stand for bini.. bini tu stand bebinik.. bebinik tu maknanya perempuan.. Last aku jumpa dia, 2 minggu lepas..masa tu aku balik kampung..dapat balik sehari je..tak sampai pun 24 jam.. So lepas buka, mak Inoi call.. cakap kat mak, tini balik ke? ..sebab nek uda laki nampak ada kereta aku depan uma mak masa dia baru balik dari spital..  Mak Inoi suruh aku nengok nek uda..sebab kesihatan nek uda agak merosot.. aku dan Faizal pon terus bersiap dan pergi umah nek uda.. dengan nek uda ni aku memang jarang sangat bercakap- cakap. since kecik lagi.. haha! tapi nek uda ni kategori keluarga rapat.. tapi tak banyak sangat aku berbual..pasal memang dari kecik style nya gitu. Ibaratnya macam pakai jam, kita rapat ngan jam,tapi takda pun bual- bual ngan jam. Kalau bual pun dengan nek uda binik banyak la..tu pun sikit- sikit. Aku memang jenis sengeh dan senyum je.. Sebab aku dan adik beradik aku ni kategori buat hal sendiri..bukan belagak. Sebab kitaorang ni banyak memikir tentang perasaan dan situasi orang. Bukan takmo datang rumah orang tu,tapi kitaorang riso kalau kedatangan mengganggu.. huk3
Masa aku kecik, nek uda selalu bising ngan nenek aku,kenapa tini tu tak pegi kenduri tolong- tolong orang.. setiap kenduri orang la dia bebel- bebel.. haha! kehendak dia, aku kena g setiap kali rewang- rewang ni. Niat dia baik, sebab nak didik aku. Tapi aku ni memang degil la.. memang tak la aku rewang..haha! rumah nenek sendiri aku rewang pun sikit- sikit. sebabnya, aku sibuk sekolah, belajar n kerja.. aku jadi naik fedup kalau sentuh bab rewang ni. Yang aku pelik, ramai je anak dara yang seusia ngan aku kat kampung tu tak g rewang.. dorang ok je.. tapi jangan aku yang tak g.. mengata je orang.haha! mungkin sedara mara aku fikir,aku akan ikut tradisi nenek n makcik aku yang kaki rewang tu.. muahaha! maaflah, sedangkan iman tu pon tak dapat diwarisi,apatah lagi tabiat rewang.
So, masa aku kahwin, aku cakap ngan mak.. Mak tak payah suruh orang datang rewang. Aku belanja catering je.. Sebab aku dapat rasa, balasan mungkin akan datang kerana ketidaksukaan rewangku ini..haha! takdalah,bukan sebab tu sangat.. Aku fikir, atok- atok dan nenek kat sekitar kejiranan aku tu semua dah tua- tua.. kenapa nak sibuk- sibuk buat keje..saudara mara datang dari jauh semuanya nak jumpa berbual dengan sedara mara sesama sendiri. Lagi pun aku tahu kondisi famili aku.. Mak aku mana boleh lasak sangat.. Abah cool sangat.. adik beradik masih kecik. Alhamdulillah, masa majlis aku.. semua orang yang datang boleh melaram dengan gembira dan sama- sama berbual. Kan bagus tu.. niat tercapai.. lagipun kos catering tu lagi murah dan efektif. Orang assume aku belanja 20k.. tak sampai pon jumlah tu.. 15k pun xsampai.Dahlah makanan dia sedap,servis pun sangat baik! Sampai sekarang masih lagi ada sedara mara duk bercerita tentang keenakan nasi pengantin aku dan servisnya.. Sri Wangsa Catering punya servis sangatlah superb!!! dari khemah sampailah ke air.....
So,nek uda..maaflah kerana aku ni memang bukan orang yang begitu..tak dapat mengikut jejak nek uda.. Walaupun dari kecik,selalu nek uda la yang bawa aku dan nenek ke hulu ke hilir pegi rewang kenduri rumah orang sampai tak balik- balik. haha! Memang aku selalu ikut nek uda dan selalu kena tengking..haha! budak- budak memang tak suka kena tengking. Mengganggu emosi..
Setelah sekian lama tak berbual dengan baik, 2 minggu lepas.. nek uda sangat rancak berbual..tersangat rancak dan luar biasa.. aku datang ke bilik dia.. salam dan duduk disebelah dia.. laki aku berdiri. Aku kan peminat tilam dan set tempat tido.. Tilam nek uda memang sedap! so aku memuji-muji tilam dia.. dia cakap dia buh 2 lapis tilam..tu sedap. banyak dia bual malam tu ...aku tak bagi dia bual sebab dia sakit semput dan susah bernafas. Siang tu anak dia baru belikan mesin bantuan nafas. Tapi dia nak bual jugak, adoi.. dia citer dengan senyuman,suara yang kuat..jujurnya, belum pernah aku berbual semesra tu dengan dia selama ni.. Lepas tu dah dekat pukul 10 lebih, aku pun rushing nak balik Johol.. aku minta izin nak balik la..aku salam ngan nek uda.takda plak aku nak minta maaf..sebab macam weird la nk maaf- maaf sangat,mcm nak sangat dia pegi. Biarlah dia panjang umur lagi. So, aku babai nek uda.. aku suruh dia minum air sebab dia lama tak boleh makan n minum.. sedihnya rasa..aku bagi sikit wet suruh dia beli apa yang dia nak makan or minum.
Malam tu aku balik Johol, esok pagi aku dapat mesej dari Tiara yang nek uda masuk spital.. tak ke aku kaget.. nek uda binik cakap, time bual ngan aku dan faizal tu la last dia bual bukan main rancak lagi..... mmmmmmmm... lepas tu kondisi dia makin buruk dan semalam dia pergi buat selamanya...
Nek uda, seorang yang sangat rajin di kampung tu. Dia amat disenangi dan dikenali dengan sikap ringan tulangnya. Kalau ada kematian, dialah antara orang pertama yang sampai ke rumah tu.. Dulu ada orang kampung tu, keluarganya agak pelik dan memang tak campur orang. Jadi memang dia takda kawan. Tapi Nek udalah orang pertama yang sampai rumah orang tu masa kematiannya. Dia menolong orang tanpa pilih darjat.. Nek Uda juga seorang penggali kubur. Banyak kubur orang kampung dia dah gali.
Kalau ada kenduri- kendara, dialah yang juga tulang belakang kenduri tu. Masa dia sakit pon dia datang.. bayangkanlah..sifat tolong menolong dia tu terlalu sebati dalam diri.. Mak cakap, masa dia dikebumikan tadi..suasana redup,nyaman..ramai yang sembahyangkan dia.. Allah dah tunjuk balasan di dunia..orang yang selalu memudahkan urusan orang lain, Allah akan membalasnya dengan balasan yang baik juga..

Al-Fatihah buat Nenek Maria dan Nek Uda.
 
Sumber : FB Cik Radiyah

 
Sumber : Fb Cik Wai 

Ya Allah, ampunilah dosa- dosa mereka dan tempatkan mereka ditempat yang indah- indah.. Amin....

15 Ramadhan 2015

Comments

Popular Posts