Isnin sebagai.......(apa-apa pun boleh)!
Hari ini adalah hari Senayan..minggu ketiga persekolahan dimulakan..
Keseronokan mahu bekerja masih membara..
Setiap hari JCE 67.9 akan muncul digaraj kegemarannya..hehhe! garaj yang paling dekat dengan kelas aku lah..kelas Pendidikan Khas..
Kalau lambat datang, tempat tu awal- awal orang len dah isi..
Hampir tiga minggu ni, aku selalu sampai seawal jam 7.00 pagi..
Kadang- kadang aku orang yang 1st yang sampai..
40-45 minit aku amik masa untuk pergi ke sekolah..
Hari ini cuaca pagi gelap dah berkabus..memang kena menajamkan penglihatan..dan focus..
Bukan apa..bimbang dengan kanak - kanak yang pergi ke sekolah nek beskal pagi- pagi.
Dan bimbang juga dengan pakcik- pakcik yang pulang dari surau dan masjid- masjid..
Hari ni aku mengajar budak- budak sejam je..pasal bagi peluang kat ustaz dan cikgu nasir..
Kira hari ini jela aku free...
Tapi tak lah free mana sebab wawa memang takkan masuk kelas if aku tak masuk kelas...
Memang dia akan ikut aku ke mana- mana saja..
Tadi lepas balik sekolah..
Siti datang singgah bilik aku...dia menceritakan kisah cintanya kepada aku..
Rupa-rupanya laki yang selama ini menjadi taruhan cintanya telah mengatakan bahawasanya Siti adalah sebagai kawan dan hatinya tidak terbuka untuk Siti..
Kesian Siti..tapi aku taklah memberikan komen yang serius kepadanya..
Aku selitkan dengan cerita Doktor Gigi yang memang sweeet yang datang ke sekolah minggu ni..
Memang hensem lah dokter tuh...
Bujang...cute aje..manis dipandang..aku sempat gak menoleh- noleh..maklumlah, dah kelas aku leh nampak bilik yang dokter tu ngah buat kerja..hahah! gatainyalah cikgu Nini nih..
Biar ah nak gatal sesekali..
Bukan selalu mamat hensem berkunjung di sekolah yang pedalaman ini..heheh!
Persoalan cinta ni memang rumit..
Susah nak bagi cadangan..
Berserah dan berdoa sajalah kepada Allah supaya kita dapat menerima apa yang dihadapkan kepada kita..
Tadi dengar jugak kisah seorang member yang berkahwin 1 lagi..
Kesian bini dia..
Bila borak- borak tadi..siti cakap takdelah comel sangat bini baru dia ni..
Hmm...
Susahlah..cinta dan kasih sayang memang tak boleh nak diukur dengan paras rupa..
Tapi biasa ah..selalu akan ada perbandingan antara yang baru dan lama,,
If yang baru tu cantik, yang lama akan dikeji..
If yang baru tu tak cantik, yang lama akan dipuji..
Memang kebanyakkan dari kita masih melihat dari luaran..
Biasalah..memang normal bila manusia suka pada cantik dan melakukan perbandingan..
Hari ini aku mengajar budak- budak ni ngaji..
Ustazah bising sebab dia kata budak pendidikan khas alif ba ta sampai hujung tahun pun tak leh lagi..haha!
Merah jugak muka aku bila ustazah komplen.
Yelah..dorang kan macam adik-adik aku..
Nampaknya, masih ramai di antara kita masih kurang faham kenapa anak- anak itu masuk ke dalam kelas 'Pendidikan Khas'..
Sedikit kejayaan kecil di mata orang ramai adalah satu kejayaan besar buat kami di pendidikan khas...
Wawa makan bersuap arini..nak aku suapkan dia makan..maka aku kenalah suapkan anak dara tuh..
Dah 10 tahun umurnya...
Dia gembira arini sebab aku dah belikan speaker komputer baru dan dia boleh dengan lagu ABC dengar penuh kegembiraan..
Kepada Wawa...semoga kamu akan terus membanggakan ibu bapa kamu dengan cara tersendiri..
Begitu juga Fikri yang sangat takot dengan rotan aku..hahah! best pegang rotan...!
Kepada cikgu Siti..belum terlambat untuk kamu mencari jodoh yang secocok..
Yang penting, jangan dibiarkan diri kau menjadi seperti insan yang terhegeh- hegeh..kau baik siti..
Pasti satu hari nanti Allah akan pertemukan kau dengan insan yang lebih romantis macam hero citer korea..heheh!
Mungkin juga dokter gigi yang cute tuh! ;p
Comments