Seronoknya jadi dia, dia dan dia..ehehhe!
Nota kecil : Saja aku letak pic weeding nih..cantik ah pengantin dia..heheh! Pic ni takda kena mengena langsung dengan story dibawah..just sebagai halwa mata..;)
Semakin hari semakin banyak cabaran yang arus ditempuhi..
Mana ada benda yang senang..
Kadang kala, kita langsung tiada pilihan untuk memilih sesuatu yang disukai..
Hajat dihati hendak pergi ke Germany..tapi apakan daya..hanya dapat pergi ke kepulauan Riau, Indonesia...eh, ntah- ntah nak jejak ke lapangan terbang pun tak boleh lagi..
Cerita tentang dunia kerja ni..
Kadangkala aku merasa bosan..
Sekarang ni acapkali aku tidak melepaskan peluang untuk bercuti tatkala ada peluang untuk bercuti..eheh!
Ntahlah...suasana apa lagi yang aku mahukan..eheh!
Ntahlah...suasana apa lagi yang aku mahukan..eheh!
Niat di hati nak sambung belaja..memang nak sambung pun..tapi aku kena tunggu lagi atas sebab- sebab rasmi..
Tapi kadangkala aku suka suasana disekolah..cuma..aku tak mampu untuk bergerak seorang diri..sedangkan orang di atas bertubi- tubi menyuruh itu dan ini..
Ni baru je lepas kursus...ada lagi penambahan format pengajaran..
Yang lama belum dikemaskini..datang lagi format yang baru..haha!
Adoiyai..
Namun, agak seronok kerana dibagi peluang untuk menghadiri kursus.
Terima kasih kepada jabatan yang tak pernah jemu memberi kursus walaupun hanya boleh kelim RM30 jer..heheh!
Selepas kursus seminggu..macam-macam cerita baru aku dengar tentang isu dalaman sekolah..
macam- macam hal..isu pentadbiran yang agak tegang..
Aku pun tak tau nak komen banyak- banyak..
tapi yang aku tau..ini isu perpindahan guru..
Guru Besar tak mau sain..
Macam- macam dorang mengumpat pasal Guru Besar..
Aku pun diam jelah..tak memenangkan sesiapa...
Mana- mana tempat pun, kalau bos kita tu salah ke, tak betul ke, atau apa- apa lagi yang keji..bos kita juga yang betul akhirnya..huk3 kita ni orang bawahan je..
Kesian juga aku nengok member tuh..
Tapi setakat ni..GB masih ok dengan aku..
Aku pernah gak cakap isu pindah ni ngan GB..
GB terangkan tentang tempoh matang duduk sekolah..
Tapi dia kata, if aku nak pindah sekolah..dia boleh cuba tolong..
Dia pun faham gaknya jiwa remaja aku ni..haha!
Memang kebanyakkan guru yang kat situ, semuanya orang- orang kampung situ gak..
Kira senang je aku nak berurusan dengan GB aku tuh..
Sementara dia belum pencen..dia kata dia leh tolong aku..
Hmm..masa dah suntuk..perlu ke aku mohon pindah segera?? haha!
Nanti dulu lah..
Kesian kawan aku tuh..tu la..dia nampak sangat nak protes GB dan melawan GB..
Kan pepatah melayu pernah mengatakan,
'Masuk kandang kambing mengembek..masuk kadang lembu mengembooo...'..heheh!
Sekarang tak pasal- pasal suasana jadi tegang..
Dah GB takmo bagi kerjasama..
Sekarang siap ada guna ilmu hitam bagai..pastu men repot- repot polis..satu Bunut dah dengar isu nih..
Bagi aku, aku bersyukur kerana disekolah tu ada tempat khas untuk aku..iaitu bilik Pendidikan Khas..
Tak payah ah aku menyakitkan orang len dengan kata- kata ataupun perbuatan..
Namun kadangkala, ada yang mencemburui aku ini...bluekkk..perasan...
Apa yang dapat aku jadikan pegangan wat masa ni..
- Buat kerja yang diarahkan dari kementerian..kerja wajib seorang guru..
- Berbuat baik kepada semua orang..
- Lepas tu bercampur gaul dengan semua orang dan elak dari mengata orang..
- Jangan percaya kat sesiapa pun..banyak musuh dalam selimut busuk dan hapak mahupun wangi..
- Menunjukkan senyuman yang amat manis kepada sesiapa pun..! ;)
Kepada kawan ku yang sekarang ni menghadapi isu pekerjaan yang tidak menggembirakan hati dek kerana terpaksa jaga kaunter 24 jam..aku doakan agar engkau tabah dan redha dengan pekerjaan kau..
Jika kau rasa mahu mencari kegembiraan yang lain..carilah..namun kadangkala kau kena belajar menjadi redha..usah bersangka buruk dengan kurniaan yang diberi..kegembiraan boleh tercipta..dan jangan jadikan diri mu sebagai mangsa!
Comments