Butakah Cinta?..pejamkan matamu~


Betulkah cinta itu buta?
Hmmm...

"Feeling love for your romantic partner appears to make everybody else less attractive, and the emotion appears to work in very specific ways by enabling you to push thoughts of that tempting 'other' out of your mind," said Gian Gonzaga, assistant adjunct professor of psychology and lead author of the study.

wow!! mood cinta..haha!

Sebenarnya, post kali ni bukan cerita pasal butakah cinta pun..
Sajer jer..teringat cerita 'inikah cinta'..slot akasia di TV3..
Tapi ade juga ah perkataan 'buta' yang akan aku selitkan pada bibit- bibit ayat post aku nanti..hehe!

Owh..
Hangatnya Kampong Sawah...kebahangannya menyelimuti tubuh aku..
Lalu menghilangkan rasa mengantoknya mata aku..

Cepatnya sudah hari Jumaat dan bulan April pun hampir tiba...
Aku sudah mencongak- congak hari bermulanya cuti sekolah!
Sangat seronok! Huhuhu!
Abah selalu cakap 'Tini selalu makan gaji buta'...haha!
Seronoknye...sangat buta gaji si Tini ini..
Terima kasih mendoakan Tini selalu mendapat gaji buta..hik3

Kebelakangan ini aku selalu mendengar permasalahan murid- murid aku..
Semua isu yang sama sejak dari awal lagi..semakin menjadi barah pula..
Macam- macamlah..

Kisah Fikri

Hari tu aku hantar Fikri balik sampai rumah dia.. Kelihatan nenek dia sedang tunggu didepan rumah.. Ekceli bukan tunggu Fikri balik sekolah pun, memang nenek tu sedang membersihkan kawasan rumahnya.. Aku pun, datanglah dan bersalaman dengan nenek Fikri.. Semasa didalam perbualan itu, banyak persoalan dan isu-isu telah terluah..
  • Nenek Fikri tanya aku, ada tak tempat- tempat yang boleh dia ubati Fikri? Sebab Fikri langsung tak boleh bercakap dan hanya boleh mengeluarkan perkataan 'mak, mak, mak'
  • Nenek Fikri mau aku ajar Fikri menulis dan ambil peperiksaan..Sebab dia kata, bila Fikri dewasa nanti macam mana Fikri nak kahwin kalau takda kelulusan.
  • Nenek Fikri juga menceritakan tentang anak- anak dia yang memang hebat- hebat belaka.
  • Sempat juga bercerita tentang isu perebutan tanah antara keluargannya dengan iparnya (bini guru besar)
  • Bertanya tentang elaun Fikri.
Besar bukan harapan nenek Fikri. Rasa nak menangis aku.. Pegang pensel dan mengikut garisan dot- dot pon Fikri belum boleh buat lagi, ini kan lagi mau ambil exam.. Aku hanya mampu tersenyum dan mengucapkan 'InsyaAllah' makcik. Semoga termakbul impian makcik satu hari nanti.
Semasa dia mengeluh- mengeluh, aku cakap InsyaAllah je.. Aku ada juga terangkan pasal cikgu cuba memahirkan Fikri bagaimana untuk menguruskan diri sendiri dulu..Tapi, nenek tu beria- ia cakap pasal exam..hehehe! Nenek tau tak, saya hari- hari kena kerahkan anak- anak murid saya yang lain untuk kemas kelas sebelum mereka balik.
Tempat Fikri duduk tuh, ari-ari kena mop.. Pampers Fikri selalu bocor dan terpaksalah kami ni angkat kerusi dan basuh kat paip luar..lepas tu jemur..lepas tu angkat balik kerusi.. Kalau tak dibersihkan, kelas akan berbau.. Selalu kawan- kawan Fikri mengeluh..
Tapi, jangan risau dalam mengeluh- mengeluh tu, mereka sebenarnya baik hati. Selalu juga tolong saya menguruskan Fikri. ('',) Disini, saya mau minta maaf banyak- banyak jika impian nenek untuk melihat cucu nenek amik exam dan boleh berkahwin tidak kesampaian. Saya akan cuba membantu semampu saya.

Kisah Hakim

Huhu! Ini kisah anak murid dan keluarganya..
Kisah ini berlaku masa aku tidak ada disekolah selama seminggu kerana menghadiri kursus.
Ibu Hakim menghantar surat kepada cikgu Nasir untuk meminta buku akaun anaknya untuk membayar duit ansuran motor yang tertunggak selama berbulan- bulan..
Merayu- rayu didalam suratnya.. Sehingga suruh minta belas kasihan dan mengatakan yang mereka sekeluarga terpaksa mengikat perut. Cikgu Nasir bercerita dengan sangat beremosi..

Kami tak tau samada mau ketawa atau pun bersedih.. Bukan apa, seringkali sudah kami ni ditipu bulat- bulat oleh parents Hakim ni.. Surat- surat yang ditulis sudah menjadi koleksi kami.. Kami baca semula surat- surat yang lepas.. Macam- macam alasan tujuan pengeluaran wang diberikan..

Banyak alasan yang sama..
Contohnya: membeli alat tulis, membeli pakaian sekolah, membeli basikal. Alasan-alasan di atas tu, semuanya sama..Cuma tarikhnya yang berbeza..Hhaha!

Kalau ikutkan arahan PPD dan pengalaman rakan- rakan sekolah lain.
Kami kena kawal pengeluaran wang anak- anak murid tuh.. Tapi, bila memikirkan keadaan yang keluarga mereka yang nampak terdesak tu kami redhakan jelah..

Daripada mereka mencuri, baik mereka ambil hak mereka. Walaupun salah tujuan penggunaannya. Banyak aktiviti terpaksa hanya didalam mimpi kerana tiada buget..ahaha! Alasan yang diberikan oleh parents Hakim ni bukan betul pun.. Aku nengok, baju Hakim still usang dan buruk. Stokin lubang- lubang.. Alat tulis? langsung takde..ade pensel sebatang je..

Huh! Owh Tuhan..Hanya Kau yang tahu segala rencana..


Kisah Azrul

Ni lagilah...
Seorang kanak- kanak yang Malaysia tetapi bukan warganegara mana- mana negara..
Entahlah apa statusnya..
Aku pun pening..
Guru HEM dah datang rumah parents Azrul ni..beritahu yang dia sudah tidak boleh datang ke sekolah lagi kerana ketiadaan surat beranak.
Bila tiada surat beranak, dia tidak boleh didaftarkan di kelas Pendidikan Khas.
Jika ada apa- apa yang berlaku..pihak sekolah boleh dipersalahkan kerana membenarkan kanak- kanak ini berada di kelas Pendidikan Khas..
Apa yang aku buat? Hati aku ni rasa amat sedih bila aku sampai ke sekolah, aku nengok budak Azrul tuh dah ada depan pintu kelas.Kemas berpakaian sekolah. Walhal, baru semalam guru HEM datang rumahnya dan bagitau dia tidak boleh datang ke sekolah lagi.
Takkan aku mau halau?
Berkali- kali aku ajukan masalah ini pada GB..
Nasir pun dah usulkan masalah ini semasa PIBG..
Apa jawapan yang Dipertua PIBG?
"Ha? Guru besar belum buat apa- apa lagi ke? Saya sudah bagi all da form kat Guru Besar..lama dah.."
Hahah! Guru Besar tak buat apa- apa pun sebenarnya..
Hanya berjanji kosong..
Aku pun tak tahu apa nasib si Azrul ni..Azrul dan adik- adiknya yang lain..
Semoga bapanya terbuka hati untuk menunaikan amanah yang Allah beri..
Agak sakit hati bila teringat semasa aku mengunjungi rumah Azrul kelmarin...
Bapanya bersungguh-sungguh mengatakan yang surat beranak anak- anaknya dalam proses.
Berminggu- minggu kami tunggu...huh! tiada apa- apa..hampeh...
Lepas je aku dan cikgu Rosli balik, berdentam- dentum bunyi karaoke..
Kenapa macam ini ye?
Ada parents amat memilih dengan keperluan anak- anak..Semua mau yang terbaik..dari segi pelajaran, dari segi perwatakan, dari segi pekerjaan, hatta dari segi pemilihan pasangan..
Itu adalah niat yang baik dan suci murni..betul- betul menghargai kehadiran seorang anak..
Dalam kes Azrul ni? Aku pun tak tau mau komen apa lah..
Sebab, aku tak dalam keadaan parents dia..
Mebi ada sesuatu yang menyulitkan..
Doa aku, semoga anak murid aku dipermudahkan segala urusan..
Yang penting, sedikit sebanyak aku dapat kongsi ilmu aku yang cetek ni dengan anak murid aku sebagai bekalan untuk dia meneruskan kehidupan..

Wah! Panjangnya..
Kesimpulannya, aku memang selalu makan gaji buta agar 'buta' itu memberikan keinsafan kepada aku supaya menghargai apa yang diberikan.

Comments

amad_walrus said…
cikgu adalah pekerjaan yg mulia!

Popular Posts