Alhamdulillah 9 tahun dah..

Semua kawan- kawan baik, cuma 1 je racun. Tapi mak cakap, racun juga ada kegunaannya.hahaha! Amat positif!

Lamanya tidak menulis sesuatu di blog ni.
Apabila membaca tulisan- tulisan masa umur 20 an dulu rasa cam lucu pula. haha!
Hari ini ambil masa sikit menulis sempena Igu Nini tak boleh tidur sebab demam selsema yang teruk dan juga sebab nak send email penting. 

Diam tak diam, dah 9 tahun berkecimpung dalam dunia pendidikan.
Ada pelbagai ragam perlu aku lalui.. dan jujurnya ianya satu perjalanan yang kadangkala menyakitkan..haha! tapi banyak menggembirakan sebenarnya.
Peluang mendekati anak- anak syurga menyedarkan Igu Nini bahawa sememangnya Igu Nini insan terpilih untuk mendampingi mereka.
Pelbagai kategori dan permasalahan yang menyeliputi dunia anak- anak ini. 

10 tahun lepas aku bertugas di kawasan kampung. Sekolah yang terletak jauh nun dalam kampung. Beberapa kali kereta rosak ditepi jalan dan hampir tiap- tiap bulan menelefon Che Aris sebab kereta rosak. haha! Abis duit gaji bayar repair kereta aje. Now, kereta tu Tiara yang pakai. 

Sekarang aku bertugas dikawasan pinggir bandar. Kira macam bandarlah. Bandar Kuala Pilah. Haha! Kenapa di Kuala Pilah juga aku tercampak? haha! Sudah takdir tertulis. Persekitaran di Kuala Pilah amat jauh berbeza dengan sekolah lama. Jujurnya, aku amat bahagia ketika berada di sekolah lama. Aku bebas berkarya. Namun begitu, di sekolah baru aku belajar macam- macam perkara terutamanya berkenaan perhubungan manusia. Macam dalam sinetron. Setelah menempuh pelbagai onar angkara hasad dengki, aku memutuskan hanya berkarya yang berfokuskan anak- anak murid. haha! Aku tak mahu merasakan tekanan yang boleh memakan diri. Agak lucu bila dengar makcik puaka tu menghasut orang lain bercerita tentang kisah aku yang dia sendiri pun tak pasti. Haha! Mungkin dia tak bahagia. Satu perkara aku belajar tentang karenah makcik tersebut iaitu belajarlah bersangka baik sesama manusia. Kehidupan ini jangan dirugikan dengan melakukan perkara- perkara tak berfaedah. 
Tapi akibat hasad dengki manusia seorang tu, semuanya merosakkan suasana. Aku harap 1 hari nanti, Allah akan tunjukkan akibat tu.


Semoga dengan anniversary yang ke 9 tahun ni, kehidupan aku akan diselimuti dengan segala yang baik- baik. Terima kasih kepada mereka- mereka yang pernah menyumbang kenangan manis dalam kehidupan aku. Kadang- kadang memori tu datang menerpa. Jika masa boleh diundur, banyak memori yang aku tidak mahu lalui sebab banyak berlaku pembaziran maruah. hahaha! Oh! Semoga aku boleh buat inovasi PdPc untuk tahun ni! GB beria suruh aku masuk sebab dia kata dia nak pencen. hmmmm.. kesian pula bila GB merayu. GB ak memang gila glamor sikit. Dia baik, cuma jangan ada orang cucuk dia je. Disebabkan aku kurang berkarya sejak 2 tahun lepas, kurang sikit hasad dengki tu. Tak sabar nak tunggu makcik ponti tu pencen.. nak mohon CRK! haha!

Comments

Popular Posts